SEJARAH SEMESTI

SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN atau SEMESTI mula dibina pada bulan September 1980. Awal tahun 1984 SEMESTI mula menerima pelajar baru. Letaknya kira-kira 13 km dari bandar Teluk Intan dan mempunyai keluasan 21.5 hektar.Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Noor bin Bakar PJK yang mula bertugas pada 1hb. Februari, 1984. Pada masa itu pelajarnya berjumlah 425 orang yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1 dan 4 serta kelas Pra Universiti, AET (Australian English Test). Dalam tahun 1985 pelajar GCE ‘A’ Level memulakan pengajian mereka di sekolah ini.SEMESTI pernah mencapai rekod yang cemerlang dalam bidang akademik. Dalam keputusan peperiksaan SPM 1986, SEMESTI mencapai 100% kelulusan (180 calon mendapat Gred 1, 6 calon mendapat Gred II dan 5 calon mendapat Gred III dan merupakan keputusan SPM terbaik di Malaysia. Keputusan SPM tahun 1987 sekali lagi SEMESTI mencapai kelulusan 100% (130 calon mendapat Gred I dan 3 calon mendapat Gred II) dan merupakan keputusan kedua terbaik di Malaysia.SEMESTI bukan sahaja memastikan pelajar mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik tetapi mahu melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang. Bagi tujuan tersebut SEMESTI menyediakan segala kemudahan dalam bidang permainan. olahraga, persatuan, kelab, pasukan seragam dan keagamaan. Dengan menyediakan tempat penginapan yang selesa dan kemudahan rekreasi, maka diharapkan matlamat penubuhan SEMESTI akan tercapai.

VISI

Better People For Better SEMESTI

MISI

Grow Teachers Nurture Students

MOTTO

Ilmu Teras Hidup

SLOGAN SEKOLAH

Together We Deliver

PIAGAM PELANGGAN

Kami, guru dan staff SEMESTI dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan berusaha untuk :

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jadual waktu
  • Menjalankan kelas pengukuhan dan pemulihan bagi setiap tingkatan
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan dalam masa 4 minggu selepas peperiksaan tamat
  • Melibatkan 100% pelajar dalam aktiviti sukan
  • Menjalankan latihan pasukan sekolah sekurang-kurangnya 10 jam secara sistematik  sebelum bertanding atau 1 bulan bagi pasukan permainan/olahraga
  • Menyelesaikan tindakan disiplin tidak lebih dari 7 hari persekolahan kecuali melibatkan siasatan panjang
  • Menguruskan surat-menyurat selewat-lewatnya 1 hari dari tarikh tutup atau tidak lebih  dari 3 hari dari tarikh terima
  • Semua bayaran dan tuntutan dibayar sebelum 14 hari dari tarikh terima invois/tuntutan

LOGO

LAGU SEKOLAH

Membina Insan Harmoni
Membawa Bahagia Sejati
Berusaha Bersama
Menempuh Cabaran
Menuju Kecemerlangan
SEMESTI Berusaha
SEMESTI Berjaya
Jadikan Ilmu Teras Hidup
Kecemerlangan Hasrat Bersama
Keunggulan Cita Cita
Dengan Azam Mulia
Gerakkan Bangsa
Padukan Tenaga
Bersatu Berusaha Berjaya

error: Content is protected !!